Saturday, 21 November 2009

22 NOV 2009 saya..

0 comments

I never know what the future brings..
tapi saya berdoa untuk mendapat yang terbaek untuk diri sendiri..

*subuh 22 Nov 2009


ps:
have i told u that i love Twitter so much!
hehehehe...

Friday, 20 November 2009

inspirasi saya..

0 comments

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

~~ Tun Dr. Mahathir Mohamad (Mei 1996)

Wednesday, 18 November 2009

my target..

4 comments

i think now i have better reason to live life to the fullest..

dulu macam blur2 jugak laa masa baru2 habis study.
orang ni cakap macam ni..orang tu pulak bagi cadangan macam tu.

borak2 dengan ayah n mak..
telefon orang sana sini..
email orang tu orang ni..

sekarang jangan main2 ok..
i have my '15 year plan' siap..hehe
(hidup kena ada target kan ??hihi)
target kawen lagi 2 tahun,
(nak jugak cite pasal kawen kan..haha)

nanti bila dah dapat passport/visa,
akan ada satu slot dalam blog saya ini..
"My 15 year plan"
dari hari pertama tahun pertama hingga hari terakhir tahun ke 15.
InsyaAllah...

licensing ?? human factor ?? DCA ??
UK ?? Malaysia ??

semua dah terang dan jelas..
semoga apa yang di rancang berjalan lancar..
(Ya Allah, permudahkan lah urusan ku..Amin..)

ps:
tapi kenapa 15 ??
hhmmm..kena tunggu slot tu launch dulu baru boleh tau..hehe
(sebenarnya saya ingat nak bukak blog baru for that '15 year plan'..tapi tak payah laa..menyemak je la pulak..huhu)


Monday, 16 November 2009

passport saya..

4 comments

macam nak buat pengumuman tentang sesuatu..
tapi rasanya kena tunggu sehingga passport/visa saya berada di tangan saya terlebih dahulu..
doa2 kan saya ye..

InsyaAllah..
Allah sentiasa disisi..
Amin.....

Saturday, 14 November 2009

cuaca di tempat saya..

0 comments



Heavy rain is on the way to UK..

Severe gale force south to southwest winds are expected to spread northeastwards across much of Wales during Saturday morning. Gusts of 65 to 75 mph are likely, along with a risk of gusts of 80 mph or more in some coastal areas. Later Saturday morning the wind will ease from the west.The public are advised to take extra care and refer to 'Traffic Wales' for further advice on road conditions.

~~ from MET office.

Wales berada di zone 'be prepared'..
doakan keselamatan kami di sini..



Friday, 13 November 2009

my thought...

1 comments





Are you thinking what am i thinking right now??
agak2 mak ayah saya bagi tak??
huhu....

i'm waiting for my passport/visa..
as for the moment just stick to the 'working environment' situation..
i guess..hehe ;p

kalau asyik sambung belajar je..
alamat tak kawen laa aku..huhu
eerrr..tapi takpe kan??
hhmm...

ps:
how old is too old, by the way??


Thursday, 12 November 2009

my fashion icon...

0 comments

Alexa Chung
(TV presenter)

+


Lucie Jones
( UK X-factor 2009)

+


Suri Cruise
( how come u don't know her..she is so adorable)


ps:
sangat comel kan semua..
(too much TV + internet afzan..hahaha)

Blog Widget by LinkWithin